Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata beliau tidak menggalakkan anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa untuk menjadi penyanyi.
Menerusi temu bual bersama Era, Siti berkata dia tidak menolak mungkin ada bakat seni mengalir dalam diri anak-anak dan suaminya, Datuk K juga tidak menggalakkan untuk menjadi penyanyi.
BACA: Siti Nurhaliza Dilantik Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ
“Saya tak berapa galakkan. Tapi tak boleh nafikanlah darah seni itu ada dalam diri dia tapi ayah dia pun lagilah tak galakkan,” katanya.
Sementara itu, Siti berkata dia dan suami tidak menghalang sekiranya anak-anak minat dalam muzik dengan mempelajari alat muzik.
“Cuma kalau ada minat, tak apa. Dia boleh je nak belajar piano sekarang Aafiyah belajar piano, kalau dia nak menyanyi pun nyanyilah.
“Tapi saya tengok Aafiyah ni dia jarang menyanyi. Dia tak seperti adik dia. Adik dia setiap masa menyanyi. Afwa tu dia macam… saya surprise sangat. Sekejap dia boleh nyanyi dengan melodinya sendiri. Nak mandi pun dia boleh buat lagu nak mandi,” katanya.






