Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18: SMK Tinggi Kajang mahu ulang sejarah 2019

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18: SMK Tinggi Kajang mahu ulang sejarah 2019

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18: SMK Tinggi Kajang mahu ulang sejarah 2019



SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang mempersiapkan pasukan daripada segenap aspek menjelang aksi final Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 Tahun (B-18) menentang SMK Dato’ Harun di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) malam ini.Ketua jurulatihnya, Mohamad Hafizudin Sulaiman berkata, persiapan rapi dibuat memandangkan lawan yang bakal ditentang memiliki kualiti individu serta taktikal yang tinggi.Malah menurutnya, rekod pertemuan sebelum ini dalam beberapa kejohanan membuktikan SMK Dato’ Harun merupakan sebuah pasukan yang sukar digugat.”Kami perlu lebih bersedia dari semua aspek kerana kami bakal bertemu sebuah pasukan yang sangat bagus dari segi kualiti dan teknikal pemain.”Atas sebab itu, kami memandang perlawanan ini sebagai satu pertembungan yang sangat sengit. Namun, Insya-ALLAH kami akan cuba mempersembahkan kualiti permainan yang terbaik pada aksi final nanti,” katanya kepada Sukan Sinar.Mengulas mengenai keadaan semasa pasukannya, Mohamad Hafizudin memuji sikap barisan pemainnya yang menunjukkan kesungguhan tinggi bagi merebut kejuaraan edisi kali ini.”Alhamdulillah, persiapan pasukan SMK Tinggi Kajang berada dalam keadaan baik dan teratur. Semua pemain menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir ini,” katanya.Sebagai rekod, ini merupakan kali ketiga SMK Tinggi Kajang berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan berprestij berkenaan, dengan pencapaian terbaik mereka adalah muncul sebagai juara pada edisi 2019.Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menjadi penaja utama Kejohanan (bawah 18 dan bawah 15 tahun) manakala Sinar Harian adalah akhbar rasmi.



Source link

OR

Scroll to Top