“Malang Bila Dapat Pasangan Narsistik, Lagi Teruk Mentua Salahkan Menantu” – Syifa Melvin

“Malang Bila Dapat Pasangan Narsistik, Lagi Teruk Mentua Salahkan Menantu” – Syifa Melvin


Pempengaruh Syifa Melvin meluahkan rasa sedih dengan nasib wanita seandainya bertemu dengan pasangan yang salah.

Menerusi perkongsian di Threads, hantaran Syifa berkata lebih malang wanita itu jika mendapat pasangan yang narsistik.

BACA: Syifa Melvin Bengang Individu Samakan Muka Anak Seperti B***

Kata Syifa lagi, lebih teruk nasib wanita berkenaan apabila dia tetap disalahkan sebagai menantu jika ada perkara buruk terjadi.

“Sebenarnya prempuan ni sedih sangat nasib kalau dapat pasangan hidup yang salah, semua pasangan pun tak perfect tapi paling malang bila dapat yang NPD version.

“Lagi malang family in law sedar tapi apa-apa benda buruk jadi masih tetap salahkan si perempuan malang tu.. Sedih la hidup,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syifa turut menitipkan pesanan buat wanita yang masih bujang agar tidak terlalu tertekan mengenai soal jodoh dan perkahwinan.

“Aku selalu pesan dekat kawan-kawan aku yang masih single tak kahwin lagi, aku pesan tak payah sedih weh kalau tak kahwin lagi.

“Enjoy je. Lagi sedih kalau dapat yang salah, sebab perkahwinan ni sebenarnya kau sedang perjudikan nasib kau,lagi-lagi bila ada anak,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top