Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mendedahkan dia pernah menerima lamaran menjadi isteri kedua.
Menerusi satu podcast, Dina juga mengakui dia tidak ada masalah mahupun mempunyai pandangan negatif terhadap poligami.
BACA: “Saya Rasa Hodoh, Tiada Nilai & Tak Layak Untuk Dicintai”
Bagaimanapun, Dina berkata jika lelaki tersebut mahu menjadikannya sebagai isteri kedua perlu kenalkannya terlebih dahulu dengan isteri pertama.
“Saya tak pernah ada masalah dengan poligami daripada kecil lagi. Itu yang ayah saya risau. Tetapi sekiranya, perkara itu transparent.
“Sebab pernah saja yang dia nak jadikan saya sebagai isteri nombor dua, isteri nombor tiga, pernah. Lepas itu saya macam, ‘Okay, tapi awak nak kenalkan saya dengan isteri pertama awak?’
“Tapi dia jawab tak nak kenalkan pula. Dia cakap, ‘Tak apa lah, kita kahwin dulu ah’. Saya tak nak,” katanya.
Sementara itu, Dina berkata dia tidak mahu terlibat dalam hubungan yang perlu disorokkan dan baginya kejujuran adalah penting dalam perhubungan.
“Perkara ini kena transparent. Sebab saya sendiri transparent. Awak tanya apa, saya terus jawab. Sebab saya tak reti menipu. Kalau saya nak menipu, kena plan dulu, tulis skrip dekat tepi,” katanya.
Dalam pada itu, Dina berkata dia tidak mahu menjadi perosak rumah tangga dan sentiasa menjaga batas dengan lelaki berstatus suami orang.
“Saya tidak kisah, sebab sebolehnya saya tak akan menyondol. Kalau dia suami orang, saya tahu jaga batas saya,” katanya.





