Azam Baki tampil di Bukit Aman, 2 jam beri keterangan -“Saya tak pernah bertemu dengan Tei”

Azam Baki tampil di Bukit Aman, 2 jam beri keterangan -“Saya tak pernah bertemu dengan Tei”


Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh ahli perniagaan, Albert Tei.

Sesi berlangsung selama dua jam

Memetik laporan daripada New Straits Times, Azam menyatakan, beliau tiba di Bukit Aman kira-kira jam 9 pagi dan meluangkan masa hampir dua jam bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Saya memasuki Bukit Aman sekitar jam 9 pagi dan memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat. Sesi berkenaan berlangsung selama kira-kira dua jam,” katanya.

Tak pernah buat sebarang perjanjian dengan Tei

Azam menjelaskan sepanjang proses mengambil keterangan itu, beliau menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Tei.

“Saya memberitahu polis bahawa saya tidak pernah bertemu dengan Tei atau membuat sebarang perjanjian dengannya. Saya juga memaklumkan kepada polis bahawa saya tidak pernah menghantar mana-mana peguam untuk bertemu dengan mana-mana pihak daripada pihaknya.
“Saya turut mengemukakan bukti kepada penyiasat bahawa saya tidak pernah bertemu dengan Tei atau berurusan dengannya secara langsung,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis bakal merakam keterangan daripada Azam dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, Tei membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dengan mendakwa dirinya diugut melalui peguamnya.

Beliau  menyatakan polis merakam keterangan daripada Tei dan individu yang didakwa sebagai peguam yang menyampaikan ugutan berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya
.

Sumber: News Strait Times (Austin Camoens)





Source link

OR

Scroll to Top