Dari gerai ke restoran dikenali! Capati lembut warisan ayah jadi inspirasi

Dari gerai ke restoran dikenali! Capati lembut warisan ayah jadi inspirasi

Dari gerai ke restoran dikenali! Capati lembut warisan ayah jadi inspirasi


Ya Salam di Setia Alam bukan lagi nama asing bagi pencinta hidangan berasaskan kambing, khususnya Capati Rusuk Kambing Afghanistan yang menjadi tarikan utama restoran tersebut.

Restoran ini dikenali dengan capati yang lembut serta kari rusuk kambing yang kaya dengan aroma rempah, sekali gus menggabungkan cita rasa Timur Tengah dan Asia Selatan dalam satu hidangan yang dekat di hati pelanggan.

Suasana santai dan mesra keluarga turut menambah daya tarikan kepada pengunjung yang datang untuk menikmati pengalaman makan yang lebih selesa.

Dengan tagline ‘Lembut walaupun 3 hari’, ia menjadi bukti kepada kualiti capati yang dihasilkan menggunakan bahan terpilih.

Bermula daripada minat mendalam terhadap dunia makanan

Restoran ini dimiliki oleh Mohamad Abdussalam Idris, 38, yang membina perniagaan berasaskan minatnya dalam bidang makanan sejak usia muda.

“Saya mendapat suntikan semangat dari Allahyarham ayah yang juga seorang peniaga capati di Padang Matsirat, Langkawi. Resepi ini saya pelajari dari beliau dan saya juga banyak membantunya di gerai.
“Sebelum ini saya pernah membuka gerai di Alor Setar dan beberapa kawasan lain sehinggalah saya berjaya membuka restoran di Setia Alam” katanya.

Menurutnya, restoran tersebut kini melalui fasa penjenamaan semula bersempena penggunaan namanya sendiri.

Konsep yang diketengahkan ringkas tetapi memberi fokus kepada capati sebagai hidangan utama, yang kemudian dipadankan dengan pelbagai jenis kari berempah bagi menghasilkan rasa yang lebih autentik.

Hidangan signature yang menjadi tumpuan

Antara menu paling popular di restoran ini ialah Capati Rusuk Kambing, iaitu capati lembut yang dihidangkan bersama rusuk kambing yang dimasak perlahan dalam kuah kari pekat berempah. Daging rusuk yang lembut dan mudah tanggal dari tulang menjadikan ia pilihan utama pelanggan.

Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati variasi lain seperti Capati Kari Kambing, Capati Kari Ayam, Capati Keema Daging, Capati Sardin, Nasi Arab Kambing, Nasi Arab Ayam dan sup kambing.

Kepelbagaian menu ini memberi pilihan kepada pelanggan mengikut cita rasa masing-masing sama ada ayam, kambing atau daging.

“Kami juga menawarkan menu baharu seperi kuzi kambing dan capati kari tengkuk kambing yang mendapat sambutan ramai disebabkan isi dagingnya yang lebih manis” ujarnya lagi.

Antara yang sering menjadi sebutan pelanggan ialah tekstur capati yang sangat lembut, sehingga ada yang mendakwa ia masih kekal lembut walaupun selepas beberapa hari.

Keistimewaan ini menjadikan capati di sini berbeza berbanding kebanyakan capati lain di pasaran, apatah lagi apabila digandingkan dengan kuah kari kambing yang pekat dan berempah.

Gabungan tersebut menghasilkan keseimbangan rasa yang membuatkan ramai pelanggan kembali semula untuk menikmati menu yang sama.

Walaupun terkenal dengan Capati Rusuk Kambing, nasi Arab di restoran ini turut mendapat tempat di hati pelanggan.

Nasi yang dimasak dengan rempah aromatik itu dipadankan dengan kambing atau ayam, menjadikannya pilihan alternatif yang tidak kurang popular.

Ada pelanggan yang menganggap nasi Arab di sini antara menu wajib cuba selain capati rusuk kambing.

Terletak di kawasan komersial Setia Alam, restoran ini menawarkan suasana santai dan mesra keluarga, sesuai untuk makan petang atau makan malam bersama rakan dan keluarga.

Dengan operasi bermula sekitar jam 3 petang hingga lewat malam, ia sering menjadi pilihan mereka yang mencari hidangan ringkas tetapi mengenyangkan.

Dalam landskap kulinari yang semakin pelbagai, Ya Salam kekal mengekalkan identiti tersendiri melalui hidangan tradisional yang diolah dengan teliti.

Kelembutan capati, keenakan kari rusuk kambing serta variasi nasi Arab menjadikan restoran ini antara destinasi makanan berempah yang wajar dikunjungi.

Bagi yang belum mencuba, Capati Rusuk Kambing di Setia Alam mungkin menjadi pengalaman kulinari yang sukar dilupakan.





Source link

OR

Scroll to Top