puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata ketiga menerusi hantaran di Threadsnya, semalam.
“Me? A mother of 3? Just trying to let that sink in (Saya? Ibu kepada tiga anak? Cuba untuk menerima kenyataan ini),” tulisnya.
Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 37, berkongsi bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk dia menimang cahaya mata lagi.
“Guess I didn’t learn my lesson! Lol kidding (Nampaknya saya tak belajar dari pengalaman lalu! Haha gurau sahaja).
“Saya memang tahu diri ini akan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi (anak) dan tahun ini adalah waktu yang sangat sesuai,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, Juliana tidak mendedahkan usia kandungan dan butiran lanjut mengenai kehamilannya.
Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3.
© New Straits Times Press (M) Bhd






