“Kalau Lelaki Curang, Memang Automatik Salah Perempuan Ke?

“Kalau Lelaki Curang, Memang Automatik Salah Perempuan Ke?

“Kalau Lelaki Curang, Memang Automatik Salah Perempuan Ke?


Pempengaruh media sosial, Mekyun dilabel bermentaliti ‘sampah’ berikutan kenyataannya berkenaan isu lelaki curang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mek Yun mempersoalkan mengapa perempuan dipersalahkan jika lelaki berlaku curang.

Mekyun berkata lagi, adakah para wanita perlu mengikut kehendak lelaki dan perlu sentiasa mejaga penampilan diri untuk lelaki.

“Dah banyak kali saya tengok, ada lelaki yang berfikiran macam ini. Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke? Memang tugas perempuan semata-mata sentiasa jadi cantik untuk lelaki ke? Ikut saja kehendak lelaki 24 jam?” katanya.

Sementara itu, Mekyun turut berkata perubahan fizikal seorang wanita bukan alasan untuk lelaki beraku curang sepatutnya memberi sokongan untuk wanita mendapatkan keyakinan diri.

“Kalau wanita itu dah berubah dah tak macam hari pertama, jadi itu adakah alasan untuk curang? Awak sebagai lelaki patut jadi sebab dia kembali bersinar, bukannya pergi cari perempuan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mekyun turut menitipkan pesanan kepada para wanita untuk tidak menyalahkan diri sendiri seandainya pasangan berlaku curang.

“Lelaki yang curang ada dua sebab saja. Sama ada dia terlalu mementingkan diri atau terlalu lemah untuk mengawal nafsu sendiri.

“Lelaki yang sebenar tak memerlukan alasan untuk setia. Peringatan juga pada wanita di luar sana, kalau suami anda curang jangan sesekali menyalahkan diri sendiri. Curang itu bukan kesilapan, curang itu pilihan,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top