Norway bawa 6,000 oren, Argentina angkut 900kg daging lembu ke Piala Dunia

Norway bawa 6,000 oren, Argentina angkut 900kg daging lembu ke Piala Dunia


Norway dilaporkan turut membawa lebih 300kg salmon jenis sockeye dan 116kg keju sebagai sebahagian daripada bekalan makanan pasukan. – Foto: Agensi

PERSIAPANunik menjelang Piala Dunia 2026 mencuri perhatian apabila beberapa pasukan dilaporkan membawa bekalan makanan dari negara masing-masing demi memastikan prestasi pemain kekal optimum.

Norway yang kembali ke pentas Piala Dunia selepas 28 tahun dilaporkan membawa kira-kira 6,000 biji oren, selain lebih 300 kilogram (kg) salmon jenis sockeye dan 116kg keju sebagai sebahagian daripada bekalan makanan pasukan.

Malah, pasukan berkenaan turut membawa tiga cef khas dari Norway untuk menyediakan hidangan harian skuad termasuk penyerang utama, Erling Haaland bagi memastikan pemain kekal dengan diet kebiasaan mereka.

“Matlamat utama adalah memastikan pemain kekal dengan makanan yang mereka biasa makan sejak kecil supaya prestasi tidak terjejas,” menurut akhbar Perancis, Le Parisien.

Dalam perkembangan sama, Argentina turut menjadi perhatian apabila dilaporkan membawa kira-kira 900kg daging lembu ke Amerika Syarikat sebagai sebahagian tradisi pemakanan pasukan.

Daging lembu itu digunakan untuk hidangan barbeku yang menjadi sebahagian budaya skuad kebangsaan Argentina, amalan yang turut dilakukan ketika Piala Dunia 2022 di Qatar.



Source link

OR

Scroll to Top