Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa geram susulan ucapan seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah yang menyentuh isu nasib pelarian Rohingya di Malaysia di satu majlis sebuah universiti di Australia.
Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal berkata Malaysia sudah membantu etnik berkenaan dengan memberikan tempat perlindungan serta makanan namun ada yang mengambil kesempatan.
BACA: “Terima Kasih Ibu Siapkan Baju Kurung Lawo” – Kamal Adli Gembira Beraya Dengan Hawra

Kamal turut mempersoalkan tindakan aktivis tersebut yang memburukkan Malaysia selepas negara kita membantu dengan ikhlas.
“Kita ni bantu orang-orang dia bila tengah susah dibuang negara sendiri. Sambut baik-baik bagi tempat perlindungan, makanan, sampai ada niat nak tanah bagai.
“Tiba-tiba salah satu diangkat dapat award apa tah, kau boleh buat open speech burukkan negara aku yang tolong orang-orang kau dengan ikhlas? Bukan salahkan negara yang buang kau tu!” tulisnya.
Perkongsian Kamal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju serta turut mengecam tindakan aktivis berkenaan.
Dalam ucapan tular itu, Azizah berkata lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia kini ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi berbanding berada di dalam bilik darjah.
Wanita itu turut membangkitkan isu dihadapi komuniti Rohingya di negara lain termasuk Indonesia dan Thailand.






