Dapat RM150,000, percutian ke Barcelona kalau jadi juara – Cik B

Dapat RM150,000, percutian ke Barcelona kalau jadi juara – Cik B

Dapat RM150,000, percutian ke Barcelona kalau jadi juara – Cik B


SHAH ALAM: Pemenang tempat ketiga program Talk To My Manager (TTMM) musim kedua, Cik B mendedahkan ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), pernah menjanjikan ganjaran lumayan sekiranya berjaya menyandang gelaran juara pertandingan tersebut.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin,21, ibunya menawarkan wang tunai berjumlah RM150,000 selain berjanji akan menunaikan impiannya untuk bercuti ke Barcelona sekiranya dia berjaya merangkul gelaran juara.

“Mama saya kata, dia akan hadiahkan ganjaran wang tunai berjumlah RM150,000 dan percutian ke Barcelona kalau saya jadi juara. Selain itu, kalau saya juara, kaki tangan di pejabat saya akan diberikan cuti.

“Tetapi rezeki saya dapat tempat ketiga. Namun, nasib baik, selamat juga poket mama,” katanya berseloroh ketika ditemui pemberita di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA), di sini, semalam.

Bagaimanapun, Cik B berkata, ibunya tidak pernah menjanjikan sebarang hadiah sekiranya dia sekadar menamatkan pertandingan di kedudukan selain juara.

“Mama tak janji apa-apa yang lain kerana mama hanya cakap tentang juara sahaja. Jadi, saya jalani hidup seperti biasa.

“Tapi saya boleh sahaja minta mama, contohnya, ‘Cik B dapat nombor tiga, boleh tak Cik B dapat RM30,000?’ Boleh sahaja.

“Sebab mama ini memang sangat supportive. Apa sahaja yang saya minta, mama  tidak pernah cakap tidak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cik B turut berkongsi sikap pemurah DSV yang sering memenuhi permintaannya tanpa banyak soal.

Menurutnya, dia pernah secara bersahaja meminta sebuah kereta mewah, Lamborghini Urus Mansory sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya baru-baru ini selepas ditanya oleh ibunya mengenai hadiah yang diinginkan.

“Tahu tak kereta Lamborghini Urus itu? Sebelum ini Cik B tak pernah minta apa-apa. Mama yang tanya, ‘Cik B nak apa untuk hadiah hari jadi?’

“Masa itu saya pun dah tak tahu nak minta apa sebab semuanya mama sudah berikan. Jadi, saya saja cakap Lamborghini Urus. Tiba-tiba, dapat.

“Mama ini memang seorang yang penuh dengan kejutan. Sebab itu kadang-kadang saya tak beritahu apa yang saya mahu kerana takut mama terus belikan. Sekarang ini pun rasa macam dah membazir pula,” katanya.

Terdahulu, Cik B meraih tempat ketiga dalam program TTMM2 yang menyaksikan dia membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Juara diraih oleh Anggrek dan pengurusnya, Adira Suhaimi yang menyaksikan pasangan dua beranak itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi manakala tempat kedua dimiliki oleh Hussain dan pengurusnya Jamilulhayat dengan menggenggam hadiah berupa wang tunai RM15,000 serta trofi.

Bukan sahaja wang tunai malah mereka turut membawa pulang hadiah berupa emas tajaan payang jewellery dan pakej penginapan tajaan Seri Facific Hotel Kuala Lumpur.

Selain itu mereka juga menerima peruntukan pegurusan dan pemasaran tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah single.



Source link

OR

Scroll to Top