Ustaz Wadi Annuar puji suami beri isteri ‘me time’, ingatkan jangan langgar halal haram

Ustaz Wadi Annuar puji suami beri isteri ‘me time’, ingatkan jangan langgar halal haram

Ustaz Wadi Annuar puji suami beri isteri ‘me time’, ingatkan jangan langgar halal haram


Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menasihatkan para suami agar lebih berhikmah dalam memberi sokongan terhadap minat dan ruang “me time” isteri, tanpa mengabaikan garis panduan syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.

Menerusi perkongsian di Threads, beliau memuji sikap segelintir suami yang memberi ruang kepada isteri untuk meluangkan masa sendiri sebagai tanda kasih sayang dan persefahaman dalam rumah tangga.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa sokongan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan perkara yang bercanggah dengan hukum agama.

“Bagus suami yang menyokong isteri untuk me time. Tetap itu bukan bermaksud membiarkan semuanya tanpa sempadan halal dan haram,” katanya.

Dalam masa sama, Ustaz Wadi turut mengingatkan bahawa peranan suami sebagai ketua keluarga bukan sekadar menyediakan keperluan duniawi, tetapi turut membimbing ahli keluarga menuju reda Allah SWT.

“Tugas kita sebagai ketua keluarga adalah memimpin keluarga ke arah reda Allah. Sayangi mereka, jaga akhirat mereka,” pesannya.

Terdahulu, isu tular di media sosial membabitkan seorang wanita yang menghadiri konsert ketika suaminya berada di rumah menjaga anak mencetuskan perdebatan netizen, termasuk dakwaan yang mengaitkan suami wanita berkenaan sebagai “dayus”.

Perbincangan itu kemudian membuka ruang perbahasan lebih luas mengenai batas sokongan dalam rumah tangga serta tanggungjawab bersama suami isteri.





Source link

OR

Scroll to Top