Guru ditahan, bantu siasatan kes amang seksual terhadap pelajar

Guru ditahan, bantu siasatan kes amang seksual terhadap pelajar

Guru ditahan, bantu siasatan kes amang seksual terhadap pelajar


am@hmetro.com.my

Temerloh: Seorang guru lelaki ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 14 tahun di daerah ini, susulan laporan yang dibuat ibu mangsa pada 15 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata polis mengesan hantaran tular di media sosial hari ini berkaitan kes berkenaan sebelum mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang memaklumkan anak lelakinya mendakwa menjadi mangsa gangguan amang seksual.

“Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di kawasan Kuala Krau dan mangsa mendakwa gangguan itu berlaku sejak tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Nasyim berkata, susulan laporan diterima, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh menjalankan siasatan sebelum menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga seorang guru di sebuah sekolah di daerah ini pada 16 Jun lalu.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakam perbuatan amang seksual itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan bagi mendapatkan arahan lanjut selepas siasatan dilengkapkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top