Kemenangan besar BN di Johor bukti rakyat mahu Najib diampunkan – Nazifuddin

Kemenangan besar BN di Johor bukti rakyat mahu Najib diampunkan – Nazifuddin

Kemenangan besar BN di Johor bukti rakyat mahu Najib diampunkan – Nazifuddin


Anak kepada bekas pedana menteri, Datuk Seri Najib, iaitu Datuk Mohd Nazifuddin memberi bayangan bahawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menjadi petunjuk bahawa rakyat masih memberikan sokongan kepada bapanya selain berharap beliau diberikan pengampunan diraja.

Bukti mahu Najid diampunkan

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua UMNO Langkawi itu berkata demikian ketika mengulas tanggapan bahawa kemenangan besar BN di Johor akan membuka jalan kepada pembebasan Najib.

“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.
“Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang, tak payah tunggu kita menang,” katanya dalam program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, malam tadi.

Pada masa sama, Nazifuddin menjelaskan kemenangan BN dalam PRN Johor tidak bermaksud bapanya akan dibebaskan secara automatik.

“Kita bukan memilih perdana menteri. Apa yang kita mahu ialah BN menang besar.
“Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? (Tetapi) Itu hak Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan daripada Jemaah Menteri sekiranya Najib dibebaskan daripada penjara. Beliau turut tidak menolak kemungkinan DAP menarik diri daripada kerajaan perpaduan dalam keadaan tersebut.

Najib, 72, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun dalam kes melibatkan SRC International Sdn Bhd selepas hukuman asal 12 tahun dipendekkan kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Artikel lain: Zalim! Malam 1 Ramadan rumah dikepung, digeledah.. “Ambil jelah peti besi tu” – Najib Razak

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijadualkan menamatkan hukuman penjaranya pada 23 Ogos 2028.

Dalam perkembangan berasingan, Najib turut disabitkan bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya, namun beliau telah memfailkan rayuan bagi mencabar sabitan berkenaan.

Sumber: Free Malaysia Today (Nur Alif Hazmi)





Source link

OR

Scroll to Top