Redza Rosli Dedah Sebab Isteri Ke Pejabat Agama

Redza Rosli Dedah Sebab Isteri Ke Pejabat Agama


Susulan perkongsian isterinya memuat naik gambar ke pejabat agama, pelakon Redza Rosli menafikan dia mempunyai masalah rumah tangga dengan Bella Hanna.

Memetik Astro Gempak, Redza berkata dia turut berada di tempat berkenaan dan isterinya rasa serba salah memuat naik gambar berkenaan kerana menimbulkan spekulasi.

BACA: Isteri Redza Rosli Ke Pejabat Agama?

“Kami tiada masalah pun sebenarnya. Saya ada dengan dia pada ketika itu. Saya pun tak tahu dia upload gambar itu, tapi dia rasa serba salah sebab gambar tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Sejujurnya memang tiada apa-apa yang berlaku antara kami,” katanya.

Sementara itu, Redza turut menjelaskan tujuannya dan isteri ke sana untuk mengambil sijil nikah mereka kerana sebelum ini masing-masing sibuk.

“Saya selalunya tidak suka berkongsi kisah peribadi di media sosial. Tapi seperti yang saya katakan, tiada apa-apa berlaku. Kami ke sana untuk mengambil sijil nikah kami sahaja.

“Banyak urusan yang tertangguh sebab saya sibuk dengan penggambaran. Jadi bila ada masa, kami menyelesaikan kerja-kerja kami. Tak ada apa pun,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top