Pelakon Datin Nelydia Senrose dan suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.
Berita gembira itu dikongsikan dalam majlis pengumuman jantina yang diadakan pada Ahad lalu.
BACA: “Jangan Putus Asa, Bersangka Baik Pada Allah” – Nelydia Sebak Dapat Tahu Diri Hamil
Turut menjadi perhatian, Hafez turut menitipkan ucapan terima kasih buat Nelydia kerana menjadi isteri yang hebat sekaligus membuatkan pelakon itu sebak.
“Tidak lama lagi, keluarga kecil kita akan bertukar daripada berdua menjadi bertiga. Kehidupan kita akan berubah dan kita akan memulakan fasa baru dalam hidup kita.
“Sebelum mendedahkan kejutan pada hari ini, saya ingin berterima kasih kepada Nelydia kerana menjadi isteri yang hebat dan cantik,” katanya.
Untuk rekod, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada April 2019. Nelydia mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ketujuh.






