Piala Dunia 2034 mungkin berlangsung awal 2035?

Piala Dunia 2034 mungkin berlangsung awal 2035?

Piala Dunia 2034 mungkin berlangsung awal 2035?


London: Piala Dunia 2034 di Arab Saudi berpotensi mencetuskan masalah besar buat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Seperti edisi Qatar 2022, kejohanan itu dijangka dipindahkan ke musim sejuk berikutan cuaca panas melampau di Timur Tengah ketika musim panas.

Bagaimanapun, laporan Politico mendedahkan beberapa konflik jadual besar yang disifatkan sebagai ‘dilema penjadualan luar biasa.’

Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember namun tarikh itu bakal bertembung dengan Ramadan pada 2034.

Berdasarkan kalendar lunar Islam, Ramadan dijangka berlangsung dari 12 November hingga 12 Disember.

Di negara Islam termasuk Arab Saudi, Ramadan memberi kesan besar terhadap kehidupan harian dan perlawanan berkemungkinan perlu dimainkan pada waktu malam bagi menghormati adat tempatan.

Kejohanan itu boleh dianjurkan lebih awal dalam tahun tetapi Sukan Olimpik Musim Sejuk pula dijadual berlangsung pada Januari dan Februari.

Bulan Mac menyaksikan kira-kira dua juta jemaah menuju ke Makkah untuk ibadah Haji – satu lagi acara yang tidak boleh dipindahkan.

Dengan suhu mula meningkat selepas itu, FIFA mungkin berdepan pilihan yang sukar, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira jadual liga seluruh dunia serta pertandingan benua.

Politico mencadangkan tempoh antara Krismas 2034 hingga sebelum musim Haji pada pertengahan Februari 2035 sebagai waktu paling sesuai.

Namun, jika FIFA mahu mengelak tempoh Krismas, ruang masa untuk mengadakan kejohanan yang sudah berkembang kepada 48 pasukan dan mungkin meningkat kepada 64 pasukan pada 2030 menjadi sangat terhad.

Presiden FIFA, Gianni Infantino jelas tidak gentar dengan cabaran logistik.

Selepas Piala Dunia 2026 dianjurkan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, edisi 2030 pula akan berlangsung di enam negara merentasi tiga benua dengan Maghribi dan Sepanyol bersaing untuk menjadi tuan rumah final.

Infantino dijangka dipilih semula tanpa bertanding untuk penggal empat tahun lagi pada 2027 walaupun semakin banyak tentangan terhadap kepimpinannya terutama dari Eropah.

Presiden Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin tidak menghadiri final sebagai tanda bantahan terhadap beberapa kontroversi, dengan isu terakhir membabitkan penggantungan Folarin Balogun yang dibatalkan.

Situasi itu berpotensi meningkatkan tekanan daripada kelab-kelab Eropah terhadap sebarang perubahan jadual untuk Piala Dunia 2034.

Selain itu, rekod hak asasi manusia Arab Saudi turut menjadi kebimbangan, sama seperti kritikan yang diterima Qatar 2022 dan Rusia 2018.

FIFA menegaskan langkah itu sebagai usaha membuka bola sepak kepada dunia dan menjadikannya benar-benar global.

Namun, pendirian itu boleh meletakkan badan induk bola sepak dunia dalam keadaan sukar sekiranya berlaku pertembungan dengan cuti keagamaan umat Islam.

Cuaca panas melampau turut menjadi isu pada kejohanan semasa selepas gelombang haba melanda, malah Infantino sebelum ini bercakap mengenai kemungkinan perubahan terhadap kalendar bola sepak tradisional Jun-Julai.

“Kami sudah berada dalam perbincangan terperinci sepanjang masa. Ia bukan hanya mengenai satu Piala Dunia tetapi satu refleksi umum,” katanya pada 2025.

“Malah untuk bermain di beberapa negara Eropah pada Julai, cuacanya sangat panas. Bulan terbaik untuk bermain bola sepak, iaitu Jun, tidak banyak digunakan di Eropah.

“Mungkin ada cara untuk mengoptimumkan kalendar tetapi kami sedang membincangkannya dan akan melihat apabila mencapai kesimpulan. Kami hanya perlu berfikiran terbuka,” katanya ;agi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top