“Saya Dah Rehat, Jangan Salahkan Suami, Saya Yang Nak Buat Live” 

“Saya Dah Rehat, Jangan Salahkan Suami, Saya Yang Nak Buat Live” 


Penyanyi Amira Othman berkata dia sendiri yang mahu turut serta melakukan sesi siaran langsung di TikTok selepas ada netizen yang menyarankannya untuk berehat.

Menerusi klip video yang dimuat naik semula, Amira berkata dia sudah mendapat rehat yang cukup dan meminta netizen tidak menyalahkan suaminya, Fattah Amin.

BACA: Netizen Puji Fattah Amin, Amira Othman Tak Budayakan Gender Reveal

 “Saya dah rehat dah siang tadi. angan salahkan suami saya, okey. Saya yang nak buat (siaran langsung). Kesian suami saya, dia tak pernah susahkan saya,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia sememangnya sudah meminta isteri tercinta untuk berehat apatah lagi baru saja melahirkan cahaya mata sulung pada Jun lalu.

“Saya memang suruh Amira rehat. Saya pun tak nak bagi Amira buat. Jangan salahkan saya, saya memang suruh Amira rehat,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top