lslam ajar ihsan kepada haiwan tanpa abai hak & keselamatan manusia -Ustaz Wadi Annuar

lslam ajar ihsan kepada haiwan tanpa abai hak & keselamatan manusia -Ustaz Wadi Annuar


Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menzahirkan kebimbangan susulan insiden kanak-kanak yang cedera akibat diserang anjing, sambil mengingatkan pemilik haiwan agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga peliharaan mereka demi keselamatan orang ramai.

Siapa sanggup lihat kanak-kanak jadi mangsa lagi

Menerusi satu hantaran di Thread, beliau menyatakan tiada siapa yang sanggup melihat kanak-kanak menjadi mangsa serangan haiwan sehingga mengalami kecederaan, selain berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

“Tiada siapa mahu melihat anak kecil pulang dengan kecederaan akibat diserang anjing. Semoga tiada lagi kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan akibat ancaman anjing yang tidak dikawal,” ujarnya.

Seru semua pemilik haiwan lebih bertanggungjawab

Dalam masa sama, beliau turut menyeru semua pemilik haiwan supaya memikul amanah tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab agar haiwan peliharaan tidak menjadi punca ketakutan atau mendatangkan mudarat kepada orang lain.

“Kepada semua pemilik haiwan, jagalah amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi keselamatan masyarakat. Jangan biarkan haiwan peliharaan menjadi punca ketakutan atau kemudaratan kepada orang lain,”

Ustaz Wadi turut mengingatkan bahawa Islam mengajar umatnya supaya berbuat ihsan kepada haiwan, namun pada masa yang sama tidak boleh mengabaikan hak serta keselamatan manusia.

“Islam mengajar kita berlaku ihsan kepada haiwan tanpa mengabaikan hak dan keselamatan manusia. Itulah rahmat Islam,” katanya lagi.

Sumber: Thread ustazwadiannuar





Source link

OR

Scroll to Top