Sprite Chill kini boleh didapati di 7-Eleven


PETALING JAYA: Jenama minuman berkarbonat popular, Sprite memperkenalkan varian terbaharu Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina secara eksklusif di semua rangkaian kedai 7-Eleven Malaysia seluruh negara bermula 1 Ogos 2026.

Inovasi terbaharu itu menggabungkan rasa lemon-limau nipis ikonik Sprite dengan sensasi pudina bagi menawarkan pengalaman rasa yang lebih dingin, segar dan unik dalam setiap tegukan.

Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Myanmar, Chrystian Lim berkata, varian baharu ini memberikan dimensi segar kepada profil rasa klasik yang sudah lama digemari oleh para pengguna.

“Dengan menggabungkan rasa lemon-limau ikonik Sprite dengan sensasi pudina yang menyegarkan, kami menawarkan kelainan unik kepada pasaran. Melalui kerjasama eksklusif dengan 7-Eleven Malaysia, sentuhan kesegaran baharu ini kini mudah didapati di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Bagi meraikan pelancaran berkenaan, Sprite telah mengubah suai kedai utama 7-Eleven di Bandar Puteri Puchong menjadi ruang pengalaman imersif bagi membolehkan para tetamu dan media merasai sendiri produk terbaharu itu melalui pelbagai aktiviti interaktif.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi mencuba produk bersama padanan makanan pedas, permainan bertemakan perisa, serta aktiviti bergambar interaktif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial 7-Eleven Malaysia, Wee Li Ying berkata, pihaknya sentiasa berusaha menawarkan produk inovatif dan relevan bagi memenuhi cita rasa pelanggan jenama runcit tersebut.

“Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina membawakan pengalaman rasa yang segar dan unik dan kami berbesar hati menjadi rakan runcit eksklusif yang memperkenalkan inovasi ini kepada seluruh negara,” katanya.

Varian Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina kini boleh didapati di cawangan 7-Eleven Malaysia di seluruh negara sementara stok masih ada. –UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top