Gempa kuat 7.7 magnitud di Indonesia ragut dua nyawa


JAKARTA: Dua orang maut selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Indonesia timur awal Sabtu, menurut pegawai perkhidmatan kecemasan, ketika pihak berkuasa masih menilai tahap kerosakan akibat bencana itu.

“Setakat ini, dua kematian telah dilaporkan. Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.

“Selepas data disahkan, kami akan mengumumkan secara rasmi jumlah akhir mangsa serta tahap kerosakan bangunan akibat gempa bumi berkenaan,” kata jurucakap agensi bencana, Berton Suar Pelita Panjaitan, kepada pemberita di Jakarta.-AFP



Source link

OR

Scroll to Top