Khairul Aming berkongsikan kejujuran dalam perniagaan adalah penting untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.
Menerusi satu majlis, KA turut berkata dia sangat menjaga keberkatan dalam perniagaan sehinggakan dia akan mengambil kira walau satu sen.
BACA: “SOP Ini Untuk Lindungi Bayi” – Khairul Aming Perjelas Isu Bayi Dikira Dalam Pax Di Rembayung
Katanya lagi, jika barangan yang dijual bermasalah dia rela membuang daripada memberikan kepada orang lain serta menggantikan dengan yang baru.
“Satu perkara yang saya sangat menjaga adalah keberkatan dalam berniaga sehingga satu sen pun saya ambil kira. Jual beli kena jujur, jangan cuba sorok-sorok dekat belakang. Kalau produk tu tak berkualiti, saya lebih rela buang daripada bagi dekat orang.
“Kita kadang-kadang bila berniaga akan jadi defensif. Katakanlah barang rosak, kita akan cakap, ‘betul ke pecah?’ Tapi bagi saya tak mengapa, saya ganti nanti adalah rezeki dekat tempat lain,” katanya.
Sementara itu, KA berkata dia juga tidak akan menggunakan kejatuhan orang lain sebagai konten untuk mempromosikan produknya mahupun menyentuh isu membabitkan orang lain.
“Jangan guna kejatuhan orang lain untuk menaikkan sales kita. Contoh ada peniaga yang buat salah, kita pun buat video ulasan dan ‘ride’ sebab kita nak ambil peluang promosi produk kita. Sepanjang 10 tahun dalam industri ini, apa sahaja isu orang saya takkan sentuh. Saya sentuh isu saya sahaja,” katanya.
