Hamas nafi ketua tenteranya terbunuh

Hamas nafi ketua tenteranya terbunuh


TEHRAN – Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat berpangkalan di London, yang mendakwa ketua tentera pergerakan itu Mohammed Deif telah terbunuh.

Dalam satu kenyataannya, Hamas berkata, laporan itu adalah tidak benar dan menyeru semua media untuk bertindak dengan tepat dan profesional.

Reaksi itu muncul selepas Asharq al-Awsat, memetik sumber Hamas yang mendakwaa pergerakan itu telah mengesahkan kematian Deif dalam serangan udara Israel di Gaza pada pertengahan Julai.

Deif ialah ketua sayap tentera Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam.

Rejim zionis pada 1 Ogos mendakwa, Deif telah terbunuh dalam serangan udara di bandar selatan Gaza Khan Yunis dua minggu sebelumnya.

Serangan itu adalah percubaan kelapan oleh Israel untuk membunuh Deif, menurut media rejim. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top