Aeril, Wawa sedia rumah dan wang simpanan untuk masa depan anak

Aeril, Wawa sedia rumah dan wang simpanan untuk masa depan anak



najiy.jefri@hmetro.com.my

Bangi: Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium di Bangi, Selangor untuk dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri.

Menurut Wawa 33, rumah yang dibelikan itu adalah hadiah sempena ulang tahun kelahiran mereka, selain menjadi aset pada masa akan datang.

“Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.

“Rumah yang dibelikan tidaklah terlalu mahal, berpatutan saja. Rasanya tak perlu saya kongsikan harganya,” katanya.

Terdahulu, Wawa berkongsi perkara itu pada majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor, hari ini. 

Menurut Wawa, sebagai ibu bapa mereka tidak pernah lupa untuk menyimpan wang untuk anak-anak setiap bulan selain menyediakan keperluan lain.

Katanya, wang yang disimpan itu adalah bagi tujuan pendidikan serta kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa.

“Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah.

“Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan.

“Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa teruja melancarkan produk terbaharunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set.

Sebanyak 100,000 unit diperuntukkan untuk kempen kali ini.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top