HASRAT Sabah FC untuk menghadiahkan penyokong The Rhinos tidak kesampaian apabila terikat tanpa jaringan berdepan Penang FC dalam aksi Liga Super 2024/25 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.
Kegagalan jentera depan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menyaksikan tuan rumah yang mendominasi perlawanan gagal memecah benteng Harimau Kumbang yang dikawal Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Sabah yang mempertaruhkan rangkaian penyerang berbisa diketuai Ramon Machado berjaya menghasilkan percubaan yang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.
Sebaliknya, Penang FC kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli tampil lebih berdispilin sebagai satu unit ternyata tersusun dalam menyerang dan bertahan.
Sebagai rekod, perlawanan di Stadium Likas merupakan aksi kedua selepas Stadium Temerloh yang tidak menggunakan Video Pembantu Pengadil (VAR) kerana masalah teknikal.
Sabah selepas ini akan ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berdepan Kelantan Darul Naim FC pada 17 Mei.
Penang FC pula akan melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Bandaraya pada 19 Mei.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
OR