SHAH ALAM : Penyanyi terkemuka, Ziana Zain, 57, memilih enggan memberikan sebarang komen berhubung isu beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Bagaimanapun, Ziana masih bersikap profesional dengan memberi respons ringkas secara spontan ketika ditemui pemberita di program separuh akhir Calpis Soda One In a Million (CSOIAM) di studio TV3, di sini, malam tadi.
“ ‘No comment lah sayang, Kak Gee (panggilan mesra dirinya) hanya menyanyi sayang,”katanya.
Pada masa yang sama, Ziana mengakui memahami tugas pemberita yang berusaha mendapatkan kenyataan berhubung isu yang berlaku daripadanya.
“Tak mengapa, saya faham,”katanya.
Terdahulu, hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan CSA Academy yang tumpas dalam Ops Sky.
CSA Academy sebelum ini melantik duta rasmi terkenal iaitu pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor termasuk Ziana Zain.
Ziana Zain sebagai duta CSA Academy dilaporkan menyanyikan lagu tema CSA Academy ‘Semangat Wira’ yang telah dilancarkan Mei tahun lalu.
Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Difahamkan, selebriti-selebriti ini dibayar sehingga ratusan ribu ringgit sebagai wajah untuk meyakinkan pengguna terhadap perkhidmatan mereka.
Malah, difahamkan, ada antara mereka mendapat bayaran mencecah RM400,000 hanya menjadi duta rasmi.
Top News
Terpalit isu SPRM: ‘Saya no comment sayang’ – Ziana Zain

Source link
OR
Related Posts
Kilang vape pernah diserbu sebelum ini tidak lagi gajikan Pati, semuanya berdokumen
Kelantan bina sendiri KB Sentral
Bitget Terus Memperkukuhkan Inisiatif Komuniti pada bulan Februari, seperti yang Diserlahkan dalam Laporan Ketelusan
1,186 karton bunga api dan mercun untuk stok musim perayaan dirampas
SME Bank unjur pertumbuhan Malaysia pada 4.5 – 5.0 peratus tahun ini
Wasn’t it a replica? Real dinosaur footprints went unnoticed in rural Australian school for 20 years