TOTTENHAM Hotspurs dilaporkan membuat tawaran mengejut bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho secara pinjaman sebelum jendela perpindahan pemain musim sejuk ditutup Isnin ini.
Spurs membuat tawaran itu beberapa jam selepas mereka gagal mendapatkan Mathys Tel dari Bayern Munich.
Difahamkan kelab London Utara itu gagal mencapai persetujuan bernilai 50 juta pound (RM275) untuk pemain sayap muda Perancis tersebut.
United sebelum ini dilaporkan sedia melepaskan Garnacho dengan harga sekitar 60 juta pound (RM331 juta).
Garnacho turut dikaitkan dengan Chelsea dan Napoli. Foto Agensi
Pemain antarabangsa Argentina itu turut diintai Chelsea dan kelab Itali, Napoli.
Pada Jumaat, Garnacho terus memberikan impak ketika diturunkan sebagai pemain gantian dalam aksi Liga Europa menentang Steaua Bucharest biarpun namanya dikaitkan dengan perpindahan bulan ini.
Sebelum ini, ejen pemain berusia 20 tahun itu, Carlos Cambeiro dan Quique de Lucas dilihat menghadiri perlawanan Chelsea menentang Wolves pada minggu lalu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa Garnacho mungkin menyarung jersi The Blues.