AMEC Mengumumkan Pengerusi Baharu

AMEC Mengumumkan Pengerusi Baharu


LONDON, June 07, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Persatuan Antarabangsa untuk Pengukuran dan Penilaian Komunikasi (AMEC) telah mengumumkan Pengerusi baharu persatuan tersebut.

AMEC, badan profesional perisikan dan cerapan media terbesar dunia mengumumkan bahawa Raina Lazarova, Pengasas Bersama organisasi perisikan media global Ruepoint, akan mengambil alih jawatan itu untuk tempoh dua tahun bermula Jun 2024. Selaku Pengerusi, Raina Lazarova akan mengetuai Lembaga Pengarah MEC bagi terus melaksanakan misinya untuk mentakrif, mempromosi dan memajukan amalan terbaik dalam pengukuran dan penilaian komunikasi, penyelidikan, analisis, penilaian, data dan pandangan dalam landskap komunikasi yang pesat.

Penyerahan rasmi telah berlangsung di Sidang Kemuncak Pengukuran Global AMEC 2024, di Sofia pada 21-23 Mei yang mengalu-alukan lebih 200 hadirin secara bersemuka termasuk komunikator, ahli profesional perhubungan awam, ahli akademik dan mereka yang terlibat dalam industri penyelidikan dan analitik.

Mantan Pengerusi Aseem Sood, Ketua Pegawai Eksekutif, Impact Research and Measurement Pvt berkata, “Selepas dua tahun berjaya memegang jawatan Pengerusi AMEC, saya berbesar hati menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Cik Raina Lazarova. Visi dan idea inovatif beliau menjadikannya orang yang ideal untuk membimbing AMEC ke arah langkah pertumbuhan dan kejayaan seterusnya. Saya yakin di bawah kepimpinan beliau, AMEC akan terus berkembang maju dan mencapai pencapaian yang lebih hebat. Semasa mesyuarat lembaga pengarah baru-baru ini di Sofia, Lembaga AMEC membincangkan dan menetapkan bidang tumpuan utama dan pelan strategik untuk dua tahun akan datang. Saya akan terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah AMEC yang terlibat, dengan tumpuan khusus untuk menerajui pembangunan kalendar editorial kepimpinan pemikiran untuk lembaga itu.”

Pengerusi baharu terpilih Raina Lazarova berkata, “Dipilih sebagai Pengerusi lembaga pengarah AMEC adalah satu penghormatan yang besar. Sebagai sebuah badan industri terkemuka, kami akan terus mempromosikan manfaat pengukuran dan penilaian komunikasi, sambil menyampaikan nilai kepada ahli kami dan komuniti komunikasi lanjutan. Kemunculan AI generatif bermakna kita berada dalam masa yang sangat menarik untuk sektor komunikasi dan AMEC mengiktiraf peranannya dalam menyediakan kedua-dua kepimpinan pemikiran dan sokongan kepada profesion dalam memanfaatkan teknologi baharu.”

Ketua Pegawai Eksekutif AMEC, Johna Burke menambah, “Kami mempunyai pemilihan Pengarah Lembaga Antarabangsa setiap tahun yang memastikan ahli terlibat dan diwakili semasa kami mempertimbangkan inisiatif industri yang kompleks dan penting. Hanya setiap dua tahun kita mengadakan pemilihan khas untuk peranan Pengerusi. Semasa peralihan ini, kami meraikan kepimpinan dan sumbangan Aseem sebagai Pengerusi dan mengalu-alukan Raina yang merupakan juara komuniti AMEC. Raina sudah pun mengusahakan kerjasama yang membolehkan Ahli AMEC mengemudi perkara yang diketahui dan tidak diketahui dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai kolektif untuk belajar daripada satu sama lain dan mendapat manfaat daripada pengalaman global ekosistem terluas dalam industri risikan media.”

AMEC mewakili komuniti keahlian global melebihi 200 organisasi termasuk syarikat pemantauan dan analisis media, agensi PR dan komunikasi, pemilik jenama dan syarikat penyelidikan pasaran. Persatuan ini mempunyai bagian merentasi empat benua – EMEA, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Latin.

AMEC berusaha untuk menyokong industri komunikasi global dengan sumber pendidikan percuma dan panduan amalan terbaik tentang cara merancang, mengukur dan menilai prestasi untuk meningkatkan taraf dan mempromosikan nilai PR dan Komunikasi secara global.

Ia adalah organisasi pengasas sumber amalan terbaik yang diterima, diguna pakai dan digunakan dengan ketara, termasuk Barcelona Principles (1.0, 2.0 and 3.0) dan Integrated Evaluation Framework (IEF) yang digunakan secara global..

Untuk maklumat lanjut mengenai AMEC, sila kunjungi https://amecorg.com.

Connect with us

Hubungi kami melalui Ketua Pegawai Eksekutif AMEC dan Pengarah Urusan Global, Johna Burke – johna@amecorg.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/af364038-c24f-444b-b1fc-311ac3875883



Source link

OR

Scroll to Top