Amir Daniel tuai emas kelapan Malaysia

Amir Daniel tuai emas kelapan Malaysia


PETALING JAYA: Atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed mengukir sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama menghadiahkan pingat emas dalam sukan itu di Sukan Komanwel selepas menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki pada temasya Glasgow 2026, tengah malam tadi.

Pada pertarungan akhir di Scottish Event Campus (SEC), atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 23 tahun itu menundukkan wakil Afrika Selatan, Timothy Meuwsen menerusi kemenangan waza-ari hasil teknik kata-guruma selepas pertarungan sengit selama empat minit.

Kejayaan tersebut lebih manis apabila Amir Daniel yang berada di ranking ke-117 dunia berjaya mengejutkan Meuwsen, atlet di kedudukan ke-41 dunia, sekali gus memperbaiki pencapaiannya selepas sekadar meraih gangsa dalam kategori bawah 73kg di Birmingham 2022.

Terdahulu, Amir Daniel mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan wakil Australia, Keishin Ochi menerusi yuko hasil teknik utsuri-goshi pada aksi separuh akhir.

Emas bersejarah itu bukan sahaja menjadi pingat emas pertama Malaysia dalam sukan judo di Sukan Komanwel, malah turut menghadiahkan emas kelapan buat kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top