Kerteh FC terima sumbangan 2,000 kerusi Stadium Shah Alam

Kerteh FC terima sumbangan 2,000 kerusi Stadium Shah Alam


Kerja-kerja pemasangan kerusi berkenaan sedang giat dilaksanakan. Foto: Facebook Kerteh Sports City

MENTERI Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyumbang 2,000 kerusi terpakai dari Stadium Shah Alam kepada kelab liga amatur yang berpangkalan di Terengganu, Kerteh FC.

Kerteh FC memaklumkan, sumbangan infrastruktur dari stadium keramat negeri Selangor itu amat bermakna bagi meningkatkan pengalaman kepada penyokong menyaksikan perlawanan secara langsung.

“Pemasangan kerusi penonton di Kerteh Sports City, menandakan usaha kami dalam meningkatkan kemudahan sukan di Kerteh. Terima kasih atas kerjasama dalam merealisasikan pembangunan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Untuk rekod, tanggal 27 Januari 2025 menjadi detik sejarah apabila Stadium Shah Alam telah runtuh sepenuhnya selepas 30 tahun mencipta kemegahan buat bumi Selangor Darul Ehsan.

Kerja-kerja perobohan berjalan lancar dan telah diratakan untuk memberi ruang kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang akan menjadi kebanggaan terbaru di Selangor.

Sementara itu, Kerteh Sports City dalam hantaran berasingan berkata, kerja-kerja pemasangan kerusi penonton melalui sumbangan tersebut giat dilakukan di Stadium Kerteh, Terengganu demi memastikan keselesaan penonton.

“Nantikan suasana baharu yang lebih selesa dan menarik,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top