Aisyah Aziz nikah tahun ini

Aisyah Aziz nikah tahun ini


Kuala Lumpur:  Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. 

Aisyah berkata, dia bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan lelaki yang sedang bertakhta di hatinya ketika ini.

“Insya-Allah doakan semoga panjang jodoh. Kita hanya mampu merancang. 

“Apapun saya tidak menafikan dan sedang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Doakan Alhamdulillah.

“Saya sebenarnya agak menjaga soal berkaitan privasi. Jadi saya mohon doa yang baik-baik daripada semua sehingga tiba pada hari yang sudah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah meluahkan rasa terharu apabila ramai yang memuji penampilan terbaharunya yang kini berhijab sejak tahun lalu.

“Syukur, terima kasih. Dalam ramai yang menghentam (tampil bertudung) namun masih ada yang mendoakan  saya.

“Malah saya pernah ditegur peminat yang meluahkan rasa gembira dengan penghijrahan ini. Mereka selalu mendoakan yang terbaik untuk saya sekeluarga.

“Sekurang-kurangnya masih ada yang mendoakan perkara yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisyah bakal beraksi di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) menerusi lagu Pujaanku duet bersama kumpulan Masdo yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top