Batshuayi sertai Abha


Riyadh: Bekas penyerang Chelsea dan Belgium, Michy Batshuayi menyertai kelab yang baru dinaikkan ke Liga Pro Saudi, Abha menerusi perpindahan percuma selepas meninggalkan kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt.

Abha mengesahkan pemain berusia 32 tahun itu menyertai kelab berkenaan semalam, sekali gus menambah pengalaman di jentera serangan bagi menghadapi saingan musim baharu.

Batshuayi menyertai Frankfurt dari juara Turkiye, Galatasaray pada Februari 2025 dan menjaringkan empat gol dalam 21 penampilan bagi semua kejohanan bersama kelab Jerman itu.

Abha mengumumkan perpindahan berkenaan menerusi platform X bersama gambar majlis menandatangani kontrak dengan kapsyen: “Satu peluang sahaja sudah cukup… Michy Batshuayi ialah Abhawi.”

Sepanjang kariernya, Batshuayi pernah menyarung jersi Standard Liege, Olympique de Marseille, Chelsea, Crystal Palace, Borussia Dortmund, Valencia, Besiktas, Fenerbahce dan Galatasaray.

Dia turut menjadi sebahagian daripada skuad Belgium yang menamatkan Piala Dunia 2018 di tempat ketiga sebelum beraksi pada kejohanan edisi 2022 di Qatar.

Batshuayi dijangka menjadi antara tonggak penting Abha dalam usaha kelab itu mengekalkan kedudukan dalam saingan utama selepas kembali ke Liga Pro Saudi.

Abha memulakan kempen kepulangan mereka ke divisyen tertinggi dengan kekalahan 1-2 kepada Al Hazem minggu lalu

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top