Chong Wei dilantik Duta Sukan Johor kedua, sedia bimbing atlet muda

Chong Wei dilantik Duta Sukan Johor kedua, sedia bimbing atlet muda


LEGENDA badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei kini secara rasmi dilantik sebagai Duta Sukan Johor dan bakal memberi inspirasi kepada generasi muda dalam bidang sukan di negeri itu.

Chong Wei yang juga pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik berkata, beliau bukan sahaja menumpukan kepada sukan badminton, malah sedia berkongsi pengalaman sebagai atlet untuk semua bidang sukan.

“Saya akan bekerjasama dengan MSNJ dan lihat apa yang saya boleh bantu. Saya bukan sahaja duta untuk sukan badminton sahaja, tetapi semua sukan juga.

“Saya akan memberi galakan kepada generasi muda khususnya ahli sukan dan berharap sukan negeri ini boleh bergerak lebih maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Datuk Wira Lee Chong Wei pada Jumaat.

“Kami yakin Chong Wei mempunyai motivasi bukan sahaja untuk menjadikan seorang atlet yang baik tetapi menjadi insan yang baik juga,” katanya.

Ujarnya, Chong Wei akan memainkan peranan penting dalam sesi motivasi bersama atlet muda, program kemasyarakatan dan promosi inisiatif pembangunan sukan negeri.

Menurut Mohd Ekmaluddin, pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada Chong Wei atas sumbangan luar biasa dalam sukan badminton dan dedikasinya dalam membimbing serta memberi inspirasi kepada generasi muda.



Source link

OR

Scroll to Top