'Perompak datuk' disabit bersalah rompak Kim Kardashian

'Perompak datuk' disabit bersalah rompak Kim Kardashian


Paris: Mahkamah Perancis pada Jumaat mensabitkan sekumpulan perompak bersalah mencuri barang kemas AS$10 juta daripada bintang TV realiti Kim Kardashian di sebuah hotel di Paris pada 2016.

Menyifatkan rompakan itu sebagai “pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya”, Kardashian dengan pantas menyatakan rasa terima kasihnya kepada pihak berkuasa Perancis.

Sembilan lelaki dan seorang wanita dibicarakan sejak April lalu dan pihak pendakwa memohon hukuman penjara paling berat – 10 tahun – bagi empat lelaki yang dituduh melakukan rompakan itu.

Aomar Ait Khedache, 69, ketua kumpulan itu, dijatuhkan hukuman paling berat iaitu tiga tahun penjara, ditambah hukuman tertangguh lima tahun penjara.

Dua lagi suspek yang dituduh menyerahkan maklumat mengenai keberadaan superstar Amerika itu dibebaskan.

Kesemua hukuman itu adalah jauh lebih rendah daripada yang dituntut oleh pihak pendakwaan.

Kardashian, ketika itu berusia 35 tahun, dirompak ketika menginap di sebuah hotel eksklusif di ibu negara Perancis pada malam antara 2 dan 3 Oktober 2016.

Dia diugut dengan pistol ke kepala dan diikat, dengan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Kardashian berkata, selepas keputusan itu, dia “sangat berterima kasih kepada pihak berkuasa Perancis.

“Jenayah itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya, meninggalkan kesan berpanjangan kepada saya dan keluarga saya,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar oleh peguamnya.ketua hakim David De Pas kepada mereka ketika dia membacakan keputusan itu.

Kebanyakan barang berharga yang dicuri tidak pernah ditemui, termasuk cincin berlian yang diberikan kepada Kardashian oleh suaminya ketika itu, penyanyi rap Kanye West.

Cincin itu sahaja bernilai kira-kira AS$3.9 juta.

Rompakan itu adalah yang terbesar terhadap individu persendirian di Perancis dalam tempoh 20 tahun.

Kebanyakan tertuduh kini berusia dalam lingkungan 60-an dan 70-an dan telah digelar sebagai “Perompak Datuk” oleh media Perancis.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top