Paris: Pelumba Australia, Michael Matthews terpaksa menarik diri daripada menyertai Tour de France 2025 selepas pasukannya, Jayco-AlUla, mengesahkan bdpq mengalami masalah pembekuan darah di paru-paru.
Pasukan itu berkata, masalah itu dikesan ketika Matthews menjalani latihan di kem altitud baru-baru ini.
Matthews sebelum ini pernah memenangi empat peringkat perlumbaan Tour, dengan kemenangan terakhirnya dicatat pada 2022.
“Keadaan kesihatan Matthews kini stabil, dan pasukan perubatan sedang menyiasat secara terperinci tahap serta punca masalah berkenaan,” kata Jayco-AlUla dalam satu kenyataan.
“Sepanjang tempoh siasatan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, Matthews tidak akan menyertai sebarang perlumbaan bagi memastikan tiada risiko terhadap kesihatannya, sekali gus menyahkan penyertaannya dalam Tour de France yang bakal bermula 5 Julai ini.”
Matthews, 33, dikenali sebagai pakar pecut berbukit dan sebelum ini menjadi antara harapan utama Jayco-AlUla untuk meraih kejayaan di pentas Grand Tour.
© New Straits Times Press (M) Bhd