Hakimi beri amaran ‘mesra’ kepada Messi

Hakimi beri amaran ‘mesra’ kepada Messi


Hakimi (kiri) tidak sabar bertemu Messi di pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab FIFA. Foto: Agensi

PERTAHANAN Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi memberi amaran awal kepada Lionel Messi menjelang aksi pusingan 16 Piala Dunia Kelab FIFA 2025 menentang Inter Miami.

Perlawanan itu bakal menjadi pertemuan pertama Messi dengan bekas kelabnya sejak berhijrah ke Major League Soccer (MLS) tahun lalu, dan dijangka mencuri tumpuan dunia bola sepak.

“Saya rindukan Messi. Kami habiskan dua tahun hebat bersama.

“Tapi bila di atas padang, tiada kawan. Dia mahu menang, kami juga begitu,” kata Hakimi.

Inter Miami mara selaku naib juara Kumpulan A selepas seri 2-2 dengan Palmeiras, manakala PSG menjuarai Kumpulan B.

Perlawanan ini juga hadir tepat pada ulang tahun ke-38 Messi yang turut diraikan PSG dengan mesej di media sosial: “Selamat hari lahir, Leo Messi! Jumpa Ahad (Isnin waktu Malaysia) ini.”

 

 



Source link

OR

Scroll to Top