nfazlina@bh.com.my
Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, petang esok.
Pengumuman calon berkenaan akan dibuat jam 6 petang di Renok, Gua Musang.
Pimpinan PN juga sudah menjemput pihak media untuk program berkenaan yang dimulakan dengan pengisian ceramah sebelum pengumuman calon dibuat.
Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, ketika dihubungi mengesahkan pengumuman calon akan dibuat petang esok.
Media sebelum ini melaporkan, dua nama iaitu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad, kini disebut-sebut bakal menjadi calon BERSATU dalam PRK Nenggiri, bulan depan.
Sheikh Razali adalah ahli BERSATU yang juga bekas ketua pemuda UMNO Gua Musang, manakala Sun Najaman pula penggawa di Dabong.
SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.
© New Straits Times Press (M) Bhd






