Siasatan program eHati: JAIS tahan 6 individu, kenal pasti 320 saksi

Siasatan program eHati: JAIS tahan 6 individu, kenal pasti 320 saksi

Siasatan program eHati: JAIS tahan 6 individu, kenal pasti 320 saksi


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan enam Orang Yang Disyaki (OYDS) terbabit dalam penganjuran Program Motivasi Rumah Tangga eHati yang diadakan pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ODYS yang terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita berumur di antara 26 hingga 47 tahun di daerah ini pada 18 Julai lalu.

“Semua OYDS yang ditahan diambil rakaman percakapan bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam penganjuran Program Motivasi Rumah Tangga eHati pada September tahun lalu di IDCC, Shah Alam.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 (Doktrin Palsu), Seksyen 8 (Dakwaan Palsu), Seksyen 10 (Menghina atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll., Agama Islam).

“Juga Seksyen 16 (Penerbitan Agama yang Bertentangan dengan Hukum

Syarak), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, sehingga kini, JAIS merakam percakapan 38 orang saksi bagi membantu siasatan.

“JAIS juga mengenal pasti seramai kita-kira 282 orang peserta yang menyertai program tersebut untuk diambil rakaman percakapan.

“Sebanyak tiga buku dan tiga cakera video digital (VCD) dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan ulasan dan pandangan hukum syarak.

“Siasatan menyeluruh juga dilakukan merangkumi keseluruhan modul atau program yang ditawarkan oleh pihak penganjur,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top