JDT ada Faktor X

JDT ada Faktor X


JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berpotensi melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim ini.

Keyakinan tersebut diluahkan bekas penjaga gol skuad Harimau Selatan, Farizal Marlias yang berpendapat gabungan pemain berkualiti iaitu import dan warisan serta persediaan rapi dan misi yang jelas, mampu meletakkan JDT dalam kelompok lapan terbaik.

Malah, beliau mahu melihat skuad bimbingan Xisco Munoz itu beraksi dalam saingan separuh akhir dan seterusnya mengintai peluang ke pentas final.

Farizal. FOTO: SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Tak sabar untuk melihat JDT pada musim baharu ini. Semua tahu ramai pemain yang keluar dan masuk. Malah kita juga dapat lihat persediaan mereka yang sangat baik.

“Saya yakin dengan kemampuan JDT dan ditambah pula dengan pemain-pemain baharu, kebolehan serta kelebihan yang pasukan ini miliki. Sasaran suku akhir boleh dicapai.

“Mereka melakukan perkara yang betul dan hala tuju yang sangat jelas. Apa yang mereka lakukan selaras dengan falsafah kelab.

“Andai JDT melepasi saingan suku akhir ia satu pencapaian yang sangat baik kerana tiada kelab yang akan dapat capai ke tahap itu,” katanya.

Impian skuad Harimau Selatan untuk melangkah ke suku akhir pada musim lalu tidak kesampaian setelah kalah tipis 0-1 kepada kelab Thailand, Buriram United dalam saingan pusingan 16 terbaik.

Bagi musim ini, JDT bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain import, Jairo Da Silva, Nelson Mendez, Teto Martin dan Antonio Glauder, selain bekas pemain Sri Pahang, Ibrahim Manusi.

Skuad itu turut diperkasa oleh tiga pemain warisan iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Farizal menjelaskan bahawa saingan dalam kancah ACLE sangat kompetitif kerana perlu berdepan dengan kelab besar dari Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai standard tinggi.

“Saya pernah berada dalam pasukan dan tahu bagaimana standard mereka. Bayangkan kalau JDT dapat beraksi di suku akhir dan bersaing dengan kelab hebat dari Jepun dan Korea Selatan.

“Apabila JDT dapat peluang bermain di suku akhir, saya rasa itu satu pencapaian yang hebat, apatah lagi mampu layak ke separuh akhir, kita akan bertemu dengan kelab-kelab daripada Arab Saudi.

“Ini satu tahap yang saya sukar bayangkan. Jadi saya harap dan mendoakan JDT mampu pergi jauh dalam saingan ACLE kali ini,” katanya.

JDT menjalani persiapan pramusim 2025/26 pada tahap terbaik di Sepanyol menerusi lapan aksi persahabatan dengan kelab Eropah.

 



Source link

OR

Scroll to Top