CLUJ-NAPOCA, Romania, Aug. 07, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, peneraju global dalam pertukaran mata wang kripto dan syarikat Web3, memperkenalkan ₿itopia: #FeelThe₿eat, sebuah pemasangan digital interaktif 360° di Festival UNTOLD X di Romania dari 7–11 Ogos. Pengalaman ini menggabungkan skala pentas megah yang terkenal di UNTOLD dengan bentuk seni interaktif baharu yang menggabungkan mata wang kripto, kreativiti dan komuniti.
Dibina berpusatkan Bunz, maskot Bitget, pemasangan ini menampilkan maskot bersaiz besar sebagai elemen utama. Bunz menyelubungi ruang suci 360° bercermin di tengah ₿itopia, mengundang pengunjung memasuki ruang yang menggabungkan elemen arca dan pengalaman secara seimbang. Pada waktu siang, ia memantulkan panorama hutan sekeliling; pada waktu malam, ia berubah menjadi kanvas hidup yang disertai cahaya dan bunyi interaktif. Pengunjung memasuki ‘hati’ Bunz dan mencetuskan sensor degupan jantung biometrik, menghantar denyutan ke dalam hamparan digital flora ciptaan AI yang berkembang secara masa nyata. Hasilnya ialah hamparan digital kolektif yang mencerminkan kehadiran pengguna secara langsung, dibentuk melalui gabungan imaginasi, data biometri dan teknologi blockchain.
#FeelThe₿eat, jadilah karya seni.
Mengelilingi arca itu, Dinding Impian menanti coretan mesej para pengunjung yang ditulis dengan cahaya pada siang hari dan terserlah di malam hari di bawah sinaran UV. Di kawasan lapang hutan, dedaunan bercermin dan objek kembung surreal tersebar, membentuk suasana di mana teknologi memperkasakan ritma alam, bukan mengambil alihnya. ₿itopia bukan tentang melarikan diri, tetapi sebaliknya sebuah kepulangan: kepada ritma, resonansi dan kebebasan dalam jalinan hubungan.
“₿itopia menunjukkan apa yang berlaku apabila seni bertemu kripto melalui pengalaman langsung,” kata Vugar Usi Zade, Ketua Pegawai Operasi Bitget. Kami mahu mencipta ruang yang membolehkan pengunjung berdiri di dalamnya, merasai bagaimana ritma peribadi mereka menghidupkan visual dan memahami bahawa kripto boleh dirasai, bukan sekadar difahami. Ia bukan sekadar paparan visual, tetapi pengalaman yang boleh dirasai secara fizikal dan emosi.”
Mengubah degupan jantung menjadi Seni dengsn Bitopia oleh Bitget di UNTOLD X.
Direka oleh RenaiXance dan direalisasikan melalui kolaborasi artis visual Steven Mark Kübler serta pengarah kreatif Otto Plesner dan Miroslava Arangutia, ₿itopia wujud di persimpangan antara Web3 dan budaya. Ia membolehkan para pengunjung festival merasai apa yang mampu dilakukan oleh kripto: bukan di skrin, tetapi melalui langkah, degupan dan detik yang dikongsi di bawah langit malam. Bercakap tentang visinya, Otto Plesner, pengasas bersama RenaiXance, berkata, “Kami percaya seni ialah pemangkin, bukan sekadar untuk renungan, tetapi juga untuk tindakan. Bitopia merupakan ruang yang mendengar. Yang mengingati. Yang memberi respons.”
Pemasangan ini membawa dialog seni-x-kripto ke arus perdana, meletakkan blockchain bukan sekadar sebagai seni bina, tetapi sebagai penalaan yang halus. Di UNTOLD X, Bitget bukan sekadar penaja festival, ia mengundang orang ramai ke dalam alam di mana kripto merangsang semua deria.
Konsep & Reka Bentuk oleh RenaiXance (ig: @renaixance.studio)
Reka Bentuk Visual & Interaksi oleh Steven Mark Kübler (ig: @perspek.steven)
Arahan Kreatif oleh Otto Plesner (ig: @Miroslava Arangutia) @miroslava.arangutia)
Muzik oleh Louis Jarto (ig: @louisjarto)
Ditugaskan oleh Bitget
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Perihal RenaiXance
Seni sebagai Pemangkin Perubahan
Di RenaiXance, seni bukan sekadar hiburan — ia merupakan evolusi.
Ditubuhkan oleh Miroslava Arangutia dan Otto Plesner, studio ini beroperasi di persimpangan persembahan, teknologi dan pengalaman insan. Misi mereka adalah untuk membentuk persekitaran yang transformatif dan peka emosi yang mencabar persepsi serta mentakrif semula peranan seni dalam abad ke-21.
Karya mereka merentasi benua dan disiplin, daripada persembahan pentas dan pemasangan bio-reaktif hinggalah ke dunia imersif berskala besar. Seperti selalu, matlamatnya sentiasa sama: untuk berhubung. Untuk membangkitkan. Untuk bergema.
Perihal Steven Perspek
Steven Mark Kübler, yang juga dikenali sebagai Steven Perspek merupakan seorang seniman media dari Austria yang terkenal dengan gabungan elegan teknologi, biometrik dan reka bentuk reaktif. Karyanya sering menterjemah data manusia kepada lanskap visual yang jelas dan menarik.
Sistem masa nyata yang dibangunkan beliau menghasilkan respons visual secara langsung, menjadikan setiap perjalanan peserta dalam Bitopia sesuatu yang unik dan tidak boleh berulang, refleksi sementara kehadiran mereka dalam ekosistem seni ini.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/13dc023b -0b56-44a7-82d4-ca99b8e6042b
https://prdesk-eu.globenewswire.com/api/ResourceLibraryFile /DownloadFile?source=pnr&Id=135d883c-f7e0-47c7-a3b2-aae806ed5a6c
https://prdesk-eu.glob enewswire.com/api/ResourceLibraryFile/DownloadFile?source=pnr&Id=cec06af7-a54c-4b61-9153-96c934fab59e