SIKIT-SIKIT lama-lama jadi bukit. Melabur di usia muda bukan sahaja boleh membebaskan diri daripada belenggu kewangan malah ia mampu mengembangkan wang simpanan dan hasil pelaburan untuk persiapan di hari tua.
Bagi menggalakkan orang ramai untuk mula melabur, syarikat perbankan Maybank Islamic memperkenalkan Zest-i Account yang patuh syariah.
Akaun ini bukan sahaja menawarkan kemudahan simpanan wang, malah berpotensi memperoleh keuntungan bulanan sambil menawarkan hadiah lumayan sepanjang tahun.
Selain itu, pembukaan Zest-i Account boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MAE atau laman sesawang Maybank2u tanpa perlu beratur di bank.
Cara memohon menggunakan aplikasi MAE atau laman sesawang Maybank2u
Bukan itu sahaja, Zest-i Account juga memberikan akses mudah kepada pelanggan untuk menguruskan akaun pelaburan menggunakan aplikasi atau laman sesawang Maybank2u.
Menangi hadiah sehingga RM5 juta dengan Zest-i Account
Berikut adalah langkah mudah untuk melayakkan diri memenangi hadiah menarik dengan Zest-i Account.
- Pastikan akaun aktif
Syarat pertama adalah memastikan Zest-i Account kekal aktif. Pengguna perlu membuat transaksi perbankan menggunakan Zest-i Account Account selama tiga bulan berturut-turut.
- Hanya simpan serendah RM200
Selepas mengaktifkan akaun, pelabur perlu mengekalkan dalam Zest-i Account sehingga tempoh cabutan hadiah tamat. Setiap kategori cabutan hadiah mempunyai keperluan peningkatan baki purata harian (BPH) dan baki akhir bulan (BAB) yang berbeza.
Pelabur hanya perlu melabur dan mengekalkan peningkatan Baki Akhir Bulan (BAB) serendah RM200 dalam Zest-i Account, sekali gus melayakkan pelabur memenangi hadiah menarik sepanjang tahun.
Tingkatkan peluang untuk menang
Semakin tinggi peningkatan Baki Purata Harian (BPH), semakin tinggi peluang untuk menang. Setiap peningkatan dalam jumlah BPH akan diberi satu penyertaan tambahan dalam cabutan bertuah.
Semua pemenang hadiah akan dimaklumkan melalui laman sesawang Maybank di www.maybank2u.com.my atau mana-mana saluran lain sesuai mengikut bank dalam tempoh 14 hari perniagaan selepas cabutan hadiah.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah wang tunai berjumlah RM1 juta, Proton X70, Perodua Ativa, iPhone 15 Pro, 1kg emas Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mengakses akaun mereka di lebih 2,900 ATM Maybank dan ATM antarabangsa.
Jangan lupa semak laman sesawang senarai pemenang untuk melihat sekiranya nama anda tersenarai.
Untuk maklumat lanjut klik www.maybank2u.com.my sekarang.
*Tertakluk pada terma dan syarat. Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Zest-i Account tidak dilindungi oleh PIDM.
© New Straits Times Press (M) Bhd