Penyokong JDT bergambar ketika hadir bagi menyaksikan perlawanan Sumbangsih 2025 antara JDT menentang Selangor FC bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Foto Bernama
BERMULA garang sebaik wisel permulaan, Skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan seminit bagi membuka jaringan menerusi penyerang import baharu, Jairo Da Silva.
Gol berpunca hasil lorongan cantik kapten, Samuel Castillejo yang menyaksikan Jairo mudah menolak masuk menewaskan penjaga gawang pelawat, Kalamullah Hafiz Mat Rowi bagi memggamatkan stadium.
Gol tersebut dilihat semakin menyemarakkan kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke pintu gol lawan dan beberapa percubaan menerusi Jaoa Figuiredo dan pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi.
Bagaimanapun, percubaan-percubaan tersebut gagal menepati sasaran selain berjaya diselamatkan penjaga gol.