RHB LEKAS Highway Ride ‘pikat’ 6,500 peserta

RHB LEKAS Highway Ride ‘pikat’ 6,500 peserta


KUALA LUMPUR: Seramai 6,500 peserta dari Malaysia dan luar negara bakal menyertai perlumbaan edisi kesembilan RHB LEKAS Highway Ride pada 12 Oktober depan sekali gus menjadikan ia jumlah penyertaan tertinggi sejak kali pertama dianjurkan pada 2016.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Mohd Rashid Mohamad berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dalam dan luar negara.

“Tahun ini, kami teruja untuk memperkenalkan elemen baharu yang memperkayakan pengalaman, memupuk semangat komuniti, mempromosikan gaya hidup aktif, dan meningkatkan ekosistem kayuhan basikal.

“Melalui sokongan berterusan kami, lebih RM4 juta sudah disalurkan kepada komuniti yang kami layani pada tahun 2023 untuk inisiatif pembangunan, memberi impak positif kepada kehidupan lebih daripada 50,000 individu,” katanya.

RHB LEKAS Highway Ride 2024, akan bermula dari Plaza Tol Kajang Selatan, dengan menawarkan pelbagai kategori untuk memenuhi keperluan peminat sukan berbasikal daripada semua peringkat usia.

Bagi jarak laluan acara kompetitif 120 kilometer(km), ia dipendekkan kepada 105km bagi membolehkan peserta elit menyempurnakan cabaran dan menikmati aktiviti petang di tapak utama acara.

Selain kategori kompetitif 105km, edisi kali ini turut menawarkan pelumbaan 78km selain memperkenalkan kategori baharu 17km ‘Open Ride’ yang bertujuan memberikan pengalaman istimewa kepada peserta berusia 17 tahun ke atas.

Bagi peserta berusia antara 10 hingga 16 tahun pula, mereka boleh memilih jarak laluan 17km atau 12km.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai berkata, matlamat utama penganjuran acara itu adalah untuk memupuk gaya hidup sihat.

“Kami menawarkan kepada peserta pengalaman berbasikal yang selamat dan lebuhraya akan ditutup sepenuhnya pada sebelah malam,” ujarnya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top