Promosi seks guna Whatsapp, Telegram terbongkar, JIM tahan 33 individu

Promosi seks guna Whatsapp, Telegram terbongkar, JIM tahan 33 individu

Promosi seks guna Whatsapp, Telegram terbongkar, JIM tahan 33 individu


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Promosi khidmat seks di laman sesawang dan pelanggan akan melanggan menggunakan aplikasi Whatsapp serta Telegram.

Itu taktik sebuah hotel di Klang yang dijadikan tempat pelacuran dengan bayaran bagi perkhidmatan seks adalah sekitar RM190 hingga RM960.

Bagaimanapun kegiatan itu terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 29 warga asing dan empat warga tempatan dalam Ops Gegar di tiga lokasi sekitar Klang dan Puchong semalam.

JIM berkata, operasi penguatkuasaan ini dilakukan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan jam 3.20 petang di sebuah hotel di Klang kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran wanita warga asing.

“Dalam serbuan itu, seramai 13 wanita warga asing terdiri daripada lima wanita Thailand, enam wanita Indonesia dan dua wanita Vietnam ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks, manakala dua wanita Indonesia ditahan kerana berkerja sebagai pekerja pembersihan hotel itu tanpa pas yang sah dengan semuanya berusia 19 hingga 53 tahun.

“Modus operandi sindiket ini adalah mempromosikan perkhidmatan di laman sesawang dan pelanggan akan melanggan menggunakan aplikasi Whatsapp serta Telegram sebelum diarahkan ke tingkat satu hotel terbabit.

“Bayaran bagi perkhidmatan seks adalah sekitar RM190 hingga RM960 dan bergantung kepada warganegara wanita yang dilanggan. Dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai penjaga kepada wanita warga asing itu turut ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya, pasukanoperasi membuat serbuan serentak pada jam 5.30 petang di dua premis refleksologi di Puchong.

“Seramai 25 individu diperiksa dan 16 wanita warga asing ditahan terdiri daripada sembilan wanita warga Thailand, empat wanita warga Myanmar, dua wanita warga Laos dan satu wanita warga China.

“Kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 37 tahun. Dua warga tempatan turut ditahan kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah,” katanya.

Menurut JIM, kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top