am@hmetro.com.my
Sik: Seorang remaja lelaki sempat membrek motosikalnya selepas terkejut melihat seekor ular King Cobra melintas di hadapannya, malam tadi.
Dalam kejadian 7.30 petang semalam, mangsa yang berusia 16 tahun itu sempat terjun daripada motosikalnya untuk menyelamatkan diri di halaman rumahnya di Kampung Banggol Sik Dalam, dekat sini.
Malangnya, ular tedung selar itu tersangkut pula pada bahagian motosikal namun remaja tersebut tidak mengalami kecederaan.
Penduduk kampung menghubungi bomba untuk bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.40 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Soffuan Sabri bersama lima anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Ular tedung selar sepanjang empat meter yang tersangkut pada brek motosikal itu akhirnya berjaya ditangkap dan operasi tamat jam 7.54 malam,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd