“Sebagai Ahli Keluarga, Kami Tahu Apa Yang Berlaku” – Amad Sihat Semasa Latihan, Siti Nurhaliza Mohon Jangan Timbulkan Persepsi Lain

“Sebagai Ahli Keluarga, Kami Tahu Apa Yang Berlaku” – Amad Sihat Semasa Latihan, Siti Nurhaliza Mohon Jangan Timbulkan Persepsi Lain

“Sebagai Ahli Keluarga, Kami Tahu Apa Yang Berlaku” – Amad Sihat Semasa Latihan, Siti Nurhaliza Mohon Jangan Timbulkan Persepsi Lain


Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan keadaan sebenar membabitkan anak saudaranya, Amad Dayyan susulan insiden yang berlaku ketika Grand Finale sebuah program hiburan malam tadi, sekali gus meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Siti memuat naik video memaparkan sesi latihan Amad dan Nadeera malam sebelum pertandingan menunjukkan keadaan anak saudaranya itu berada dalam keadaan sihat dan cergas sebelum persembahan akhir.

“Sesi latihan Amad Dayyan bersama Nadeera berjalan baik. Kondisi Amad sihat dan fit untuk persembahan. Namun takdir berkata lain pada hari persembahan Grand Finale,” katanya.

Tambah pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, apa yang berlaku bukan disebabkan masalah kesihatan, tekanan emosi mahupun keletihan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Sebagai ahli keluarga, kami mengetahui apa yang berlaku. Ia bukan faktor kesihatan, bukan kesan dari komen atau penat. Sebagai manusia, kita percaya ada hal-hal luar dugaan yang tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya,” katanya.

Siti turut meminta agar orang ramai tidak membuat pelbagai andaian mengenai situasi sebenar kerana hanya mereka yang berada di lokasi mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam pasti tahu apa yang berlaku. Untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah timbulkan pelbagai persepsi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Siti turut mendedahkan bahawa bukan hanya Amad, malah adiknya, Aisy, turut menerima ‘tempias’ daripada kejadian tersebut.

“Malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena, tetapi adik Amad, Aisy juga terkena tempiasnya. Doakan agar kita semua dilindungi-Nya selalu. Doakan Amad juga,” ujar Siti.

Sebelum ini, kejadian yang menimpa Amad Dayyan ketika persembahan akhir itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton dan netizen apabila penyanyi muda berkenaan kelihatan tidak seperti kebiasaannya di atas pentas.



Source link

OR

Scroll to Top