Memenangi tempat kedua di program Talk To My Manager pada Ahad lalu, anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita berkata dia tidak merancang untuk berbelanjang wang kemenangnya RM20,000 itu.
Memetik mStar Online, Thalita berkata dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membantu bapanya dan segala penat lelah adalah untuk keluarga.
BACA: “Bakat Thalita Anugerah Dari Allah, Bukan Untuk Meniru Siti Sarah”
“Saya nak bagi keluarga duit kemenangan ini. Saya tak hirau dapat tak banyak, tak kisah tinggal RM100 atau RM50 sahaja, tapi ini semua untuk keluarga. Apa yang saya buat dan penat lelah ini adalah untuk mereka semua,” katanya.
Sementara itu, Thalita berkata dia mahu membantu bapanya kerana sebelum ini Shuib pernah berterus terang kepada mereka bahawa mereka sudah tidak banyak wang.
“Saya tiada niat nak berjoli dengan duit kemenangan itu. Saya nak tolong ayah sebab dia pernah terus terang yang kami sudah tidak banyak duit,” katanya.
Sumber: mStar Online