Gara-gara hadir ke majlis resepsi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Johor baru-baru ini, ada yang mahu ‘unfollow’ pelakon Fasha Sandha.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fasha bagaimanapun berkata kehadirannya sebagai menghormati jemputan rakan artis serta mengatakan Fattah dan bekas isterinya iaitu Fazura sudah pun move on.
BACA: Fasha Sandha Makan Dua Sudu Nasi Sehari Untuk Kekal Cantik

“Ramai juga komen nak unfollow sebab saya ke majlis kahwin. Menghadiri majlis adalah wajib ya, kecuali jika uzur. Rasanya baik Fazura dan Fattah dua-dua-dua dah move on dan menemui kebahagiaan masing-masing.
“Mungkin ada yang belum move on sebaiknya move on dan doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.
Sementara itu, Fasha turut berkongsikan mesej perbualannya dengan Amira serta mengatakan penyanyi itu menjemput mereka sekeluarga serta melayan dengan baik.
“Mohon kita doakan yang baik-baik untuk semua orang agar baik berbalik kepada kita. MasyaAllah dia punya level menghargai kita terlalu tinggi sampai kita pun jadi segan,” katanya.