Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mencuri perhatian warganet apabila secara jujur mengaku dia tidak pandai memasak, namun kini sedang berusaha belajar demi keluarga kecilnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayda berkongsi mengenai reaksi suaminya, Nabil Mahir, apabila dia cuba belajar memasak buat pertama kali selepas berpindah ke rumah sendiri.
“Sebelum kahwin, saya bagitahu Nabil yang saya tak pandai masak. Dia cakap ‘it’s okay, tak perlu masak. My mom pun tak masak’.
“Sekarang kita dah tinggal di rumah sendiri, bila saya masuk dapur nak cuba main masak-masak. Nabil jeling tepi kuali macam ‘Demam ke bini aku ni’… Bila dah siap suruh dia makan, dia makan. Dia cakap ”sedap, sedap, sedap…’. Tapi reaction muka dia….
“Soalannya, adakah saya perlu teruskan usaha memasak ini ? Atau lupakan sahaja biar tukang masak je lah yang masak. Beli dan makan di luar,” katanya.

Bukan itu sahaja, selepas menerima pelbagai respons mengenai hantarannya itu, rata-rata netizen memberikan kata semangat agar Ayda tidak berputus asa dan terus berlatih memasak demi anak-anaknya.
“Okay rata-rata komen teruskan usaha memasak! Buat saya bersemangat.
“Biar anak ingat air tangan mak kan? Masalahnya, Nayla suka makanan Jepun. Kena belajar memasak dekat Jepun ke lah macam ni… Macam Aali dia bedal je jangan risau,”






