“Aku Tengah Nak Hadam Maksud Cinta Sejati”

“Aku Tengah Nak Hadam Maksud Cinta Sejati”


Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima berkongsikan maksud cinta sejati daripada pemahamannya dimana baginya apabila kita berjumpa pasangan hidup akan dianggap cinta sejati.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma bagaimanapun berkata namun kita lupa bahawa cinta sejati yang sebenar adalah milik Allah dan sampai masa ianya akan diambil semula.

BACA: “Terima Kasih Allah, Hantar Insan Yang Memberi Cinta Sejati Buat Dia”

“Saya tengah nak hadam maksud cinta sejati. Betul juga, setiap kali kita berjumpa dengan pasangan hidup itulah yang kita akan anggap cinta sejati. Mana ada istilah lain. Takkan cinta monyet atau cinta makrifat. Tetapi kita lupa cinta sejati itu milik Allah.

“Sampai masanya dia akan ambil semula dan kalau nasib baik dia hadirkan pula insan lain yang juga cinta sejati dengan durasi yang kita sendiri tidak ketahui sampai bila-bila,” tulisnya.

Sementara itu, Erma berkata dua perkara yang manusia tidak tahu atau kendalikan adalah jodoh dan maut serta mengingatkan bahawa apa saja cinta ianya milik Allah.

“Dia maha mengetahui segalanya. Dua hal yang kita tidak mampu mengendalikannya ialah jodoh dan maut.

“Makanya siapa pun pasangan hidup yang hadir dalam hidup kita., masa tengah angau bercinta tu akan kita rasakan sebagai cinta sejati meskipun pengakhirannya membawa pada kekecewaan namun insan itu tetap pernah menjadi cinta sejati kita. Cuma jangan lupa cinta apa pun itu milik Allah,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top